Large Rainbow Pointer

Saturday, 12 April 2014

sekali outing 2 kali lah

Assalamualaikum, Hai korang ! :) ahh, hari nie nak update pasal apa ek? aku pun da lama tak update blog aku nie, biasa lah apa orang kata "MALAS" , hehe sebab apa aku malas,sebabnya aku kena buka laptop balik. kalau laptop aku ,aku sleepkan tak apa jugak. nie aku shut down terus laptop. Memang kena bukak balik lah kan. emm bukan apa malas nak tunggu-tunggu . leceh . 

ok,hari nie aku pergi ikot akak aku meronda batu pahat. cuti pun kalau duduk rumah pun bosan kan,biar jalan-jalan dan cuci mata . kan best kan? ;) BETOL tak korang? wait2 mesti korang fikir aku nie cuci-cuci mata cari kekasih kan,mana ada. maksud aku,cuci-cuci mata bagi aku lah kan kita nak beli sesuatu barang untuk diri aku atau family dan kawan-kawan.
nak kata ada kekasih 2, emm malu lah nak cakap :) ini antara aku dan Allah saja yang tahu. kalau ada jodoh,adalah , kalau tak ada,tak ada lah. emm nie kenapa aku citer pasal jodoh aku nie, aishh tersalah topic lah pulok. :) hehe . malu saya =_=

semalam aku dengan family jalan-jalan ke Ayer itam beli barang khawin akak aku. then semalam badan aku panas, emm aku tak nak lah duduk rumah sorang-sorang. tak ada kawan lah. kalau diaorang pergi pun bukan 1 jam ke apa, kadang-kadang sampai 3 atau 4 jam baru abis jalan. 2 yang aku tak nak uh. demam-demam aku pergi jugak.cuba kuatkan diri. padahal jalan pun dah macam orang mabuk. badan pun sejuk semacam je 

lepas balik 2, aku terus tidor je. da tak larat masa 2. hari nie lak akak ajak jalan-jalan lagi ,hari nie jugak aku terpaksa ikot sebab rumah tak ada orang,walaupun tak sihat,kuatkan diri je,sebab tak nak orang lain susah . aku tak suka susahkan orang. sakit aku biarlah aku sendiri yang tanggung. then ikot akak pergi hantar baju melayu tunang dia kat bandar sebab nak buat sulam. 
then lepas hantar, akak saya buat tretment rambut kat summit lah :) 
biasa lah 2 kan, mesti nak kelihatan cantik di hari bahagia nanti dan sentiasa cantik berseri-seri . hehe :) tunggu punya tunggu aku pun ikot kakak kembar aku makan kfc, then aku ajak dia jalan-jalan teman kan aku beli barang untuk aku bagi kat seseorang. tapi tak ada lah mahal mana, biasa-biasa je, cuma nak dia tahu yang aku iklas bagi kat dia.

okk,itu saja untuk hari nie,semoga bertemu lagi. Assalamulaikum