Large Rainbow Pointer

Tuesday 23 April 2013

   2 MORE DAYS ,i'm Ready Now ! yuhuuu 
                            :)))  

 

Sunday 21 April 2013

sakit pulak hati kita lah

Hey ,i'm welcome back ! setelah lamanya aku tak update story dalam blog aku nie ah,nie .dah2 jum tengok topic yang kat atas 2. korang anti tak kalau laptop ke,computer rumah korang kena VIRUS! korang anti tak? series aku anti giler giler weyy ! ,< iyelah kan kalau dah kena virus semua data yang kita nak simpan dah tak boleh nak simpan ,so apa lagi kalau dah virus,ke kedai lah jawabnya kan? ke mana lagi nak bawa.. jadinya aku ambil keputusan bawa laptop aku ke kedai,mula2 2 pergi lah bp mall cari antivirus punya product. then bila kita suruh pasang kan sekali kena dalam 20 inget,jap korang jangan rasa iyenya murah,because itu hanya pasang avira je tau,AVIRA je tau! 20 ingetttttt! belum suruh dia formalkan and back up kan,mesti mahal giler.. tak jadi nak suruh dia buat,lari jap ke summitt.. pergi summit cari kedai computer,yA ALLah berpusing pusing mencari,tak pernah pergi summit,jadi macam orang kecoh lah kan,hehehe :)) cari2 jumpa jugak, pergi kat tingkat bape ek? emm tah aku lupa yang pasti dekat2 dengan kedai rambut.pergi situ,cas untuk antivirus tak ada,sebabnya antivirus 2 aku punya ,just mintak buatkan format dan back up je..jadi kena dalam 55 inget. mahalkan.. nak tak nak kena lah bayar jugak,laptop tinggalkan kat situ,sebab dia nak buangkan semua virus2 yang ada. jadi esok harinya baru aku ambil laptop aku kat summit. then tiba2 perut lapar pulak,ajak mak makan KFC kat dalam summit,abes tak tahu nak makan apa,summit ada apa je,semuanya makanan fast food. nak tak nak makan je lah apa yang ada. bila dah makan ayam kat kfc 2,aku cakap lah kat mak aku "mak ,kfc summit sedap lah,rasa lain .tak sama macam kat K4 dan bp mall" ,mak aku pun cakap a'ah ..beze sikit.. tapi malangnya masa itu mak saya sakitlah.jadi ayam dia terpaksa lah saya makan :3 gemokkk weyyy aku sekarang! arghhhh ,< adoi eka jangan gemok gemok sangat,nanti tak ada orang minat. heehehe
lepas nie nak cover balik lah berat aku,hehehe :)) tak nak gemokkk ! T_T  bila dah format dan back up rasa macam menyesal jugak buat kat kedai,apa guna aku belajar giatmara dulu,apa guna aku ambil jurusan teknik sistem komputer,kalau format dan back up aku tak pandai nak buat,sia2 je lah kan aku belajar dalam masa 6 bulan ,tapi tak ada hasilnye. series weyy,aku cnfius masa 2,sebab aku cakap lah kat akak aku "eya ,ari 2 masa kat giat kita belajar instal window 7 ke atau format laptop? " setahu aku ,hati aku mengatakan yang kita belajar format, tapi akak aku cakap "kita belajar cara instal window 7 dalam computer" .  bila dia cakap macam itu,aku cuma jawab "okk jee" malas nak jawab banyak2 ,..tapi bila aku chat dengan kawan aku ,masa giat dulu.bila aku tanya. dia cakap kita ada belajar cara nak format dan back up. rupa rupanya korang nak tahu yang aku igtkan window2 7 itu sebenarnye kita tengah nak format lah 2,sebab 2 kena restart dulu... mesti korang tak faham kan aku cakap, tak payah paham :) hanya budak it je tahu.. cewahhh! berlagak pulak saya... hehehe ... tapi series aku rasa membazir gila buat kat luar,rasa macam nak format sendiri and back up sendiri. dan tanya pada budak2 giat yang satu cosmate dengan aku.. aishhh..ruginya... ,< emm tak apa lah lepas nie aku akan cover balik buku computer yang en shamil bagi.. senang sikit.. tak payah pergi kedai lagi.. buat sendiri pun bolehh.. emmm,k lah byee ..assallamualaikum,and good niteee...

Monday 15 April 2013

Bubu dah tak ada ;'(

kucing kesayangan yang selalu ada waktu boring dan bosan dah tak ada ,bubu dah mati :'( kenapa awal sangat kau pergi bu, kau masih kecik lagi,2 lah orang dah cakap "awak 2 kecik lagi,jangan main kat luar jalan,pergi main kat luar 2 kenape?" dah lah tak biasa nak berdikari bila dah ada kat luar, tengok kete lalu je,lari lintang pukang ke dapur.takut punye pasal. bubu mati semalam,dalam pukul 2.30 a.m ,aku masa 2 dah tidur,tersedar bila dapat panggilan dari ayah. ayah cakap bubu dah mati .lembik lagi .masa 2 ayah,emak ,dan kakak aku yang pertama pergi berurut dekat macap,diaorang telefon sebabnya nak masuk kat dalam rumah,kunci aku letak kat dalam rumah.sebab pagar rumah belum siap lagi. bila ayah nak parking kete je,nampak bubu dah terbaring kat atas jalan :'( kena langgar dengan kete. sedih sangat masa 2,baru ajak main sama-sama. nak bawa masuk dalam rumah takut dia berak,jadi letak lah kat pintu belakang. biasa kat situ dia banyak geng. jadi tak risau sangat. tah macam mana semalam,agaknya dia nak cam rumah aku,dia lalu lah pintu depan,nak masuk pintu dah kunci,dia merayap sampai tak sedar ada kete depan dia. tersedar aku dari mimpi. berapa banyak kucing yang dibela,mesti akhirnye mati. :'( bubu,akak rindu bubu... bubu balik lahhh.. :'( bubu penghibur akak waktu akak sunyi. tapi sekarang bubu dah tak ada. sedihnyeee bu... :'( dah tak dapat dengar suara bubu lagi lepas niee... wawawawa.... sedihnyeee... T_T :'( 



i love you bubu... <3 :'( 

Tuesday 9 April 2013

tak kan ditipu buat kali ke 2 !


Hye,lama dah tak update story.maklum lah cuti2 macam nie malas pulak aku nak menaip  diary dekat blog kesayangan aku nie ah, tak tahu kenapa,tapi kalau fB cepat je aku masukkan pswod then tekan enter. laju je tangan nie  balas chat serta comment dari 
 kawan -kawan ..hehe :)) dah2 jum kita ke topic yang sepatutnye. cer ler tengok topic kat atas 2, rasa macam sensasi kan citernye?? 0_0 memang sensasi pun, adalah satu mamat nie boleh lah dikatakan YA ALLAH manisnye bila berkata,seperti buah pelam yang  isinye manis sampai nak kopek satu lagi untuk makan malam je tau ! ,< bercakap manis,tapi realiti nya tak  seperti apa yang dicakap ,hampehh ==" arggggghhhh! gerammnye dengan orang macam nie ,cakap tak serupa bikin kot! bencinyaa! rasa kalau dia ada depan mata,macam nak bagi penumbuk free yang terus lekat kat muka dia,biar dia dapat pengajaran sikit,supaya dia tahu yang aku nie bukan perempuan yang boleh kau pancing sesuka hati kau! aku saja je nak test kau, bila tengok secara real punya,tak seperti apa yang dicakap. baru nak ajak berkawan dengan lebih dekat lagi,tapi agaknya tuhan 2 maha kuasa,nak tunjukkan kau orang yang macam mana,dan nak tunjukkan pada aku yang kau bukan untuk aku. tak apa lah aku redha dan  melepaskan kau kepada orang lain. sebab aku tak suka dengan lelaki yang bercakap manis serta memberi harapan palsu, paling aku tak suka dan fobia . ianya kerana aku pernah mengalami situasi sedemikian. asalnya apa yang dikotakan semuanya dijanjikan,tapi sampai masanya janji itu tidak dikotakan,dan dibiarkan jauh dari pemikiran. seandainya  kalau tuhan bagi aku peluang untuk putarkan masa,aku tak kan  percaya dengan janji janji serta cakap kosong daripada seseorang yang dulunya pernah aku miliki hatinya. but now semuanya musnah kerana munculnya orang ketiga dalam perhubungan,ialahkan pasangan mana yang hendak bila salah seorang selingkuh, tak kan mungkin boleh percaya buat kali keduanya. aku redha dengan takdir, tapi series aku benci dengan kata kata manis serta janji janji palsu yang dikotakan oleh seorang insan yang bernama lelaki.disebabkan itu aku berhenti mencintai atau menyukai insan yang bernama "lelaki"kerana buat masa sekarang nie aku hanya ingin mengejar impian aku,dan menjadikannya sesuatu kenyataan pada suatu hari nanti.dan juga untuk buktikan pada keluarga aku  yang aku boleh gengam segulung diploma atau pun ijazah suatu hari nanti. insyaaallahh..
pilihan hati ku,ku serahkan pada takdir,kerana dia maha mengerti  apa yang terbuku dihati. :)) 

Saturday 6 April 2013

i miss all memories with themmm! ,<

 Gambar Diner with MDAB stdent, semua kelas dari A sampai lah ke N. ramai kan? haha tapi yang pergi tak ramai pun, sebab masa nie semua nak balik cuti. nasib tak buat kat dewan,kalau kat dewan memang tak lah aku pergi,jauh lah kot.. ,<
 trip ke ledang,time nie buat lawatan untuk akhir sem, tak silap masa nie lepas cuti hari raya
 last day with miss Diana, miss aku ..rindu sangat kat miss :(
 kat mana nie? nie kat intan FC ,masa nie tgh nak bincang pasal final project.tunggu aizat lambat sangat datang. idea dah tak ada masa 2,sebabnye buat last2 minute. tapi Alhmdulilah semasa pmbentangan,semuanye berjalan lancar. dapat B+ tau. hehe :))
Gambar nie ble ek? ahh! aku dah igt masa nie ada oral ,individu beb.. 
tak silap aku,aku nbor 8 kot.. tah lahh ,dah lupa..hehe
 bersama dengan Fahmii! comel kan fahmi.. dia baikk sangatttt! :))kalau korang nak tahu dia lah yang teman kan aku dan kakak aku masa first2 aku kat terminal bas. aku ,kakak aku ,fahmi dan kawan dia teman kiteorang pergi terminal.. :))
aishhh,wan shariff lahh .dah lah satu kelas buat malu je kalau lecture tahu psl hubungan kitaorang :) 

percaya ataU tidak classmate aku semuanya orang JOHOR.. 
semua muka jawa, haha..
makan sambal belacan tau, tapi wan shariff nie je lah yang tak makan sambal belacan,dia minat BUDU ,<
maklumlah keturunan semua orang kelantan,tengok nama pun dah tahu kan..
asal johor ,tapi keturunan kelantan lahh.. 
emmm,okk lahhh ..byee assalamualaikum...
riindu sangat kat korang semua... 
ada jodoh pasti kita akan bertemu lagii.. :))
Ana,Ain,Alin,Adah,ziera,Fatwa,Fydah,Nun,Huda,kak ina,syadah,Hani,eika,eirah,Umi,Hanis
sidek,ikaml,naem,fahmi,faris,Daus,wan,Aizat,Haris. :))

Thursday 4 April 2013

ANTARA TANDA AWAL GANGUAN JIN SYAITAN


  1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas
  2. Badan terasa berar dan malas.
  3. sukar mendapat jodoh
  4. Badan terasa bisa-bisa
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam
  7. Sakit pinggang tanpa sebab
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
  10. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi
  11. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  12. Bermimpi di tempat yang kotor
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
  15. Bayi kerap menangis
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling
  17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
  18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  19. Malas beribadat
  20. Nyanyuk ketika usia lanjut
  21. Panas baran
  22. sikap berubah secara mendadak
  23. Gelisah dan panas ditengkuk
  24. Suka melakukan tabiat buruk
  25. Kerap sedawa bila mendengar al-quran
  26. Kerap keguguran
  27. Gagal melakukan hubungan kelamin
  28. Mengantuk bila dengar ayat al-quran
  29. Bermimpi seram yang menakutkan 
  30. Darah haid turun lebih 15 hari
  31. Batuk yang berpanjangan
  32. Selalu ditindih ketika tidur
  33. Kuat berangan 
  34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
  35. Nafsu seksual yang melampau
  36. Selalu melihat kelibat di rumah
  37. Teras diri selalu diperhatikan
  38. Mandul
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan
  40. Melihat jin secara terus
  41. Sakit mental atau gila
"LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. "


(tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Tuesday 2 April 2013

cakaran kucing menarik??

Hyee new story for today.. :)) sekarang tengah cuti ,nak ajak kawan jumpa ke tak nak ek? lama tak jumpa. emm tak apa lah  raya nanti boleh jumpa.. haha okk jum pergi ke tajuk asal aku untuk hari ini,cakaran kucing menarik?? apa punya jawapan  yang keluar dari mulut kakak aku.ada dia kata cantik jugak ek cakaran kucing nie,then dia boleh cakap yang cakaran kucing 2 menarik?? apa punya jawapan  yang tak berapa nak betul.emm aku rasa kau nie kan wayar  putus satu lahh,, agaknya kalau aku angkut kucing bagi kat kau suruh dia cakar kau sampai merah ,agak2 apa jawapan yang kau berikan kat aku ek? mesti tak kan terkata dan tak kan terkeluar ayat dari mulut kau yang mengatakan "bit,cantik kan cakar kucing nie?? " mesti tak kan ada keluar perkataan cam nie lagi :DDD  sekali keluar air mata jernih 2.. hahaha 
series aku tak abis ketawa sorang sorang bila dengan answer yang kau bagi kat aku.. 
:DDD