Large Rainbow Pointer

Wednesday 26 June 2013

Hye untuk hari nie.. hehehe .. hari nie 26/06/2013 selesai jugak aku jawab test 1 dalam subjet bahasa kebangsaan A ,, rasa lega sikit. tapi tak boleh rasa lega sangat,next week aku  ada test lagi dalam subjet anatomi dan next week lagi akan datang test lagi dalam subjet biologi sel.

hilang sikit tension. bahasa kebangsaan dah macam sejarah dulu2.. pernah hafal fakta.mudah-mudahan dapat skor carry markh dalam kelas. insyaallah. 
septotnya aku test isnin yang lepas, tapi aku dan kawan-kawan tak dapat nak hadiri test pada masa 2, sebabnya pergi jumpa doktor,kawan demam dan aku pulak kaki sakit lagi. so terpaksa jumpa doktor untuk pertemuan 2 kali. 

lepas je kelas antomi ,terus pergi klinik,tapi menunggu giliran bertapa lamanya. sabar je lah.tungu punya tunggu dah nak dekat pukul 2 . dan akhirnya tiba giliran aku untuk jumpa doktor, dapat mc lagi dari doktor. dan dapat ubat tahan sakit dan tahan bekak. 
semamgnya paling tak suka makan ubat. dapat ubat nak, dalam almri aku tak terkira betapa banyak ubat yang diberikan oleh doktor kepada aku. nampak tak antibody aku tak kuat bila berjauhan dengan keluarga. hehe.. 

ok lah,jum tengok gambar yang sempat kawan aku amek. bye assalamualaikum


akak aku dan berselandang pink meneman kami ke klinik.
muka orang sakit, hehe..tapi muka aku tak nampak macam sakitkan..
sebabnya kaki aku yang sakit..jadi bila berdiri,nampak lah kelainan sikit bila berjalan..


tahap bosan dia dah kembali ye. aishh.... 



Thursday 20 June 2013

jerebu

Hye untuk hari nie :) lama jugak tak update dan tak sentuh blog kesayangan aku nie ah. Bulan nie merupakan bulan yang paling bz sebelum menjelang ramadhan. bz sampai tak dengar isu semasa, dengar citer Johor sekarang tengah jerebu, maklum lah kita nie tak ada tv ,surat kabar pun jarang nak dapat kat sini . dapat tahu pun bila semalam ada rotong royong untuk bersihkan kawasan hostel,lecture bagitahu "awak kampung kat gane? " 
aku pun menjawab lah "johor " then dia cakap johor sekarang tengah jerebu,Batu pahat dan muar paling teruk. 

bila lecture cakap macam 2,tertibe terfikirkan orang di sana, macam mana keadaan keluarga aku di sana,sihat ke dak, risau pun ada.nak balik lama lagi, boleh je aku balik.sebab kelas aku strt hari ahad, kira hari sabtu kiteorang movekan kepada hari ahad,jadi cuti aku khmis,jumaat dan sabtu. fikir2 nak balik ke dak, jeles dengan diaorang yang rumah dekat dekat belake. ,< 

sebut pasal jerebu, terengganu pun ada jerebu jugak.tapi tempat aku tak kena lah.semalam baru hujan,Alhmdulilah hujan jugak.dah berapa hari tak hujan. bila semalam aku cal mak aku, tanya kabar diaorang kat rumah macam mana, diaorang kata diaorang ok je.tapi series jerebunya dah macam kat cameron highlands, tak hujan pun sana. nak balik pun tak boleh,cuma nasihat je aku sampaikan.. "hati-hati di sana,dan jaga diri. risau sangat kat sini. next week ada test,risau kat orang di johor, takut tak boleh buat lak test nanti. O_O
harap2 tak apa2 yang berlaku. 

byee,assallamualaikum...

Friday 14 June 2013

pulau kapas

Dapat peluang pergi ke pulau kapas,siapa yang tak nak.Bila lagi aku nak menjejakan kaki ke sana.Alang-alang belajar dekat negeri orang,baik follow family day with lecture,senior dan friends.

2 hari yang lepas jabatan kp/kkp buat family day di pulau kapas. malang tidak berbau,pengalaman aku disana menjadi pengalaman yang paling pahit dalam hidup aku. iyelah pulau kapas sememangnya tempat yang paling aku minat dan teringin sekali untuk menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. tapi kemalangan menimpa aku di sana. 

sayang sekali semua aktiviti yang dilancarkan,aku tak dapat join satu pun aktiviti yang dibuat, aku mengalami kesakitan pada kaki yang teramat sangat,kaki aku terseliur.Aku jatuh tangga pada tempat yang tinggi,mulanya tidak lah rasa sakit,sewaktu aku nak tidur,bisa di kaki jelas terasa, kaki aku seolah-olah kaku,dan langsung tidak dapat bergerak. Jerit sekuat hati memanggil kakak-kakak di luar khemah untuk bantu aku. waktu itu semua dah tidur,dalam pukul 1.00 pagi aku mengalami kecerderaan yang cukup parah.

kaki jadi biru,semua otot jadi kejang,tahan semampu yang boleh,malangnya air mata mengalir jugak di pipi. kakak senior aku kejutkan lecture yang sedang tidur, lecture bangun dan terus ke khemah aku untuk melihat keadaan aku. malam itu semua penghuni khemah dah tidur,tinggal aku di dalam khemah yang belum tidur,dan abang-abang senior yang di luar menjaga malam bergilir-gilir. cuba untuk lelapkan mata,tetap tak boleh,angin diluar yang sejuk buatkan kaki aku bisa teramat sangat. 

Pada keesokkan hari nya,kaki aku mula baik.setelah diurat dan dibalut oleh kakak senior. tapi masih dipapar oleh mereka. langsung aku tidak boleh bergerak.Pukul 10.00 pagi diaorang ada buat jungle tracking , jadi aku keseorangan di dalam khemah. sedih bila tidak dapat join melakukan aktiviti tersebut. :') 

jam menujukkan tepat pada pukul 1 petang, bot menanti untuk bawa kami pulang ke jeti .
sewaktu bot datang,aku merupakan orang pertama yang menaiki bot tersebut. sekali lagi aku di papar oleh mereka, bukan lelaki .tetapi perempuan. kalau lelaki memang mula2 lagi aku dah cancel, tangga yang sempit,buatkan aku rasa seperti nak terjatuh di dalam laut, nasib baik pemandu bot,membantu aku dan kawan aku untuk masuk ke dalam bot. paling tak suka,aku mengalami mabuk laut, rasa macam nak muntah pun ada masa 2. 

30 minit pun berlalu, tak sedar dah sampai,tertidor pulak dalam bot. hehe.. nie yang aku lemah,nak kena lalu tangga kecik lagi, sekali lagi aku di papar, rasa macam nak tergolek,diaorang yang kat belakang semuanya perhatikan aku,takut2 terjatuh, nak sampai ke kete, jauh lagi.kena lalu jambatan,dah tak larat dah aku nak jalan. aku dah tak larat nak jalan,kakak senior dukung aku sampai separuh jalan,nampak tak aku berat :)) , last2 kawan aku akan aku sampai ke depan . malu semua tengok =_= ngee... 

selepas masuk ke kereta, lecture terus bawa aku ke Hospital,kaki aku dah bekak teramat sangat,tunggu di hospital, lamanya .aku ditempatkan di zon merah. zon kecemasan, Alhmdulilah selepas melakukan x-ray aku tidak mengalami patah tulang,atau pun retakan pada tulang. semua nya sihat.cuma doktor nasihatkan,aku perlukan rehat secukupnya,lakukan senaman pada kaki,dan makan ubat yang di beri. 



sememangnya pulau yang cantik,tapi sayang aku tidak dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi ini
:') 
bye,assalamualaikum... 

Monday 10 June 2013

HYe untuk hari nie, ok jum tengok topic yang kat atas 2,apa yang aku tak sabar sangat 2? tak sabar lawannya ea ,< 

korang nak tahu tak aku kena berlakon , berlakon?? kenapa pensyarah pilih aku,kan banyak lagi yang hebat-hebat belake, kenapa aku pulak yang dipilihnya, tak adil betul..urmmm ,< 
aku tak tahu lagi pengarahnya nak buat citer pasal apa,aku memegang watak sampingan, aku tak tahu kena jadi apa,dan meniru watak siapa. memandang kan subjet bahasa kebangsaan jadi kita kena guna 100% dalam bahasa baku ea, 

tak apa lah berlakon ,pun berlakon lah. kalau muka kat you tube pun tak apa lah. janji markah tinggi :))) saya nak markah tinggi dalam subjet nie,bahasa kebangsaan,malu lah kalau orang melayu gagal dalam subjet nie, nanti apa orang kata. tak nak lah macam 2.. 
mudah-mudahan saya dapat full markh dalam subjet nie ea,dan dapat 60 markh dalam kelas .jadi senang sikit,dalam final kena tambah lagi 40% .. banyaknya dalam kelas. 

segala apa yang dilakukan,insyaallah akan aku lakukan dengan sebaik-baik mungkin untuk sem kali nie. mudah-mudahan ea. 

menanti skrip serta tajuk BESAR movie yang sebenar.. 

tensionn.. =="

Sunday 9 June 2013



Tak semudah itu aku boleh menerima dan menjalankan hubungan buat kali ke2. Tak semudah itu aku boleh percaya dengan kata-kata yang diberi oleh seorang lelaki yang berjanji manis untuk mendapatkan seseorang yang diinginkan. pengalaman dan kenangan lama sentiasa segar di dalam memories igatan aku.tak kan pernah lupa apa yang pernah aku alami dahulu. 

Untuk menerima kau yang belum pasti milik aku, dan menjalankan hubungan dengan kau . Aku tak berani nak buat apa-apa keputusan,tapi kau berani buat keputusan yang kau yakin 100% apa yang kau lakukan. Aku tak kisah kau ada orang lain atau pun tidak. aku redha dengan apa yang takdir tetapkan untuk aku.memang aku wanita yang selalu dipermainkan dengan janji-janji lelaki yang tak pernah menjadi kenyataan. lemah bila diri dipermainkan.seolah-olah kita ibarat patung yang tak bernyawa, dan membiarkan lalu hilang dari pandangan. 

kau mahukan aku beri peluang pada kau,tapi aku dah pun bagi peluang kat kau, walaupun kita jauh dari pandangan,tapi dekat di hati. kau masih sibuk dengan perempuan perempuan yang kat luar sana, semamgnya aku jeles,tapi aku tak boleh terlampau jeles,sebab kau bukan milik aku yang sepenuhnya. aku tak ada hak untuk marah kau tanpa sebab. aku bergantung pada jodoh,andai kita ada jodoh suatu hari nanti,insyaallah kita pasti akan dipertemukan.buat masa sekarang nie, aku cuma ingin buktikan pada keluarga aku yang aku akan membawa pulang segulung diploma nanti. 

Bila tengok kawan-kawan yang selalu berbual dengan pakwe/makwenya. yang take care akan hidup nya.terasa jugak dalam hati nie,ingin jugak ada orang yang tak care dengan kita. terasa sunyi jugak bila tiada penghibur hati yang sudi menghiburkan di kala sepi. 
kadang-kadang mengasingkan diri dari kawan-kawan bukan sebab tidak mahu berkwan dengan mereka,tetapi mengelak dari mendengar perbualan antara mereka. rasa sedih di hati. gembira melihat mereka bahagia ,sedangkan aku bhgia dalam kesedihan. :') bila mengalirnya air mata, terasa diri ini tidak layak untuk didampingi dengan seseorang. semua yang hadir hanya menyakitkan hati .

#cinta boleh dicari,tapi kesetiaan sukar dicari.  
:')  




Saturday 1 June 2013

selamat bertunang :))

Hye untuk hari nie nak update citer pasal yang kat atas 2..siapa yang bertunang ek? of cos lah kakak aku. hari ini 1/06/13 tarikh hari jadi bakal abang ipar aku dan tarikh ini jugak lah dia melangsungkan pertunangan dengan kakak aku.mesti korang tertanya-tanya kan kakak aku yang mana tunang,semestinya kakak aku yang pertama lah bertunang.niat dihati nak sangat balik johor.tapi cuti pendek sangat 4 hari je,mana cukup. sekurang-kurangnya sebulan baru cukup. hehehe. jadi duduk je lah kat bilik nie sambil layan movie. sememangnya membosankan *-*  tahniah lah pada kakak aku, selamat bertunang.ikat 2 jangan lama-lama sangat. hehe.. kita tengok siapa yang naik pelamin dulu kak fieza atau kak yana. look and see je lahh! hehe .tapi kalau buat majlis prkhwinan,jangan buat masa kitaorang ada kuliah.tunggu kitaorang cuti semester . baru seronok kan, kalau semua family ada kan ;) so tunggu kitaorang cuti semester ea, ok jum tengok gambar akak aku tunang, aku dapat pun dekat facebook jiran aku.. hehe ... 
ini lah kakak aku yang pertama 2.hari ini dia dah bertunang.2 kakak aku dah jadi tunang orang da.. ;) yang sebelah kakak aku 2.jiran dan yang kakak aku dukung 2 anak jiran aku 2.. 



Habis sudah citer pertama.kita pergi citer kedua pulak. tarikh 25/05/2013 kawan sekolah aku melangsungkan perkhawinannya.dan masa itu jugak dia sah menjadi suami isteri. aishhh cepatnya jodoh dia sampai. tak sangka dah jadi bini orang. ahhh dah jadi bini orang 2 jaga bergaulan kat luar nanti. ingat awak 2 dah ada suami,syurga awak kat telapak kaki suami. mudah-mudahan kau tergolong dari kalangan wanita wanita solehah. aku mintak maaf,sebab tak dapat hadir masa majlis kau berlangsung. insyaallah aku akan datang jumpa kau,bila kau dah ada babyyy.. :) jahat tak aku? haha .. datang semata-mata nak tengok baby first kau.. hehe.. tak ada lah. aku datang untuk jumpa kau yang dah lama aku tak jumpa, alang-alang 2 nak tengok jugak kan baby kau.. hehe.. aishhh apa yang aku merepek nie. anway tahniah buat korang berdua. ucapan dari aku untuk korang berdua.  semoga kekal hingga ke anak cucu. jangan gaduh-gaduh. dan anggap semua itu cubaan dan dugaan dalam rumah tangga. hahaha! bila aku bijak berkata. aishhh calon lelaki pun tak ada lagi,ada hati nak nasihat kan orang yang dah khwin.. apa lah "-" tak apa tak apa.memandangkan aku kawan rapat kau. kau kena dengar lah cakap aku jugak.. baru dapat bina rumah tangga yang aman dan harmoni.. :)) okk lah jum tengok gambar baru kawan aku berkhwin. 
 selamat pengntin baru fahmi dan azyan
 so sweet lah korang.. untung kau yan.. 
moga kekak hingga ke anak cucu.. :))