Large Rainbow Pointer

Friday 14 June 2013

pulau kapas

Dapat peluang pergi ke pulau kapas,siapa yang tak nak.Bila lagi aku nak menjejakan kaki ke sana.Alang-alang belajar dekat negeri orang,baik follow family day with lecture,senior dan friends.

2 hari yang lepas jabatan kp/kkp buat family day di pulau kapas. malang tidak berbau,pengalaman aku disana menjadi pengalaman yang paling pahit dalam hidup aku. iyelah pulau kapas sememangnya tempat yang paling aku minat dan teringin sekali untuk menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. tapi kemalangan menimpa aku di sana. 

sayang sekali semua aktiviti yang dilancarkan,aku tak dapat join satu pun aktiviti yang dibuat, aku mengalami kesakitan pada kaki yang teramat sangat,kaki aku terseliur.Aku jatuh tangga pada tempat yang tinggi,mulanya tidak lah rasa sakit,sewaktu aku nak tidur,bisa di kaki jelas terasa, kaki aku seolah-olah kaku,dan langsung tidak dapat bergerak. Jerit sekuat hati memanggil kakak-kakak di luar khemah untuk bantu aku. waktu itu semua dah tidur,dalam pukul 1.00 pagi aku mengalami kecerderaan yang cukup parah.

kaki jadi biru,semua otot jadi kejang,tahan semampu yang boleh,malangnya air mata mengalir jugak di pipi. kakak senior aku kejutkan lecture yang sedang tidur, lecture bangun dan terus ke khemah aku untuk melihat keadaan aku. malam itu semua penghuni khemah dah tidur,tinggal aku di dalam khemah yang belum tidur,dan abang-abang senior yang di luar menjaga malam bergilir-gilir. cuba untuk lelapkan mata,tetap tak boleh,angin diluar yang sejuk buatkan kaki aku bisa teramat sangat. 

Pada keesokkan hari nya,kaki aku mula baik.setelah diurat dan dibalut oleh kakak senior. tapi masih dipapar oleh mereka. langsung aku tidak boleh bergerak.Pukul 10.00 pagi diaorang ada buat jungle tracking , jadi aku keseorangan di dalam khemah. sedih bila tidak dapat join melakukan aktiviti tersebut. :') 

jam menujukkan tepat pada pukul 1 petang, bot menanti untuk bawa kami pulang ke jeti .
sewaktu bot datang,aku merupakan orang pertama yang menaiki bot tersebut. sekali lagi aku di papar oleh mereka, bukan lelaki .tetapi perempuan. kalau lelaki memang mula2 lagi aku dah cancel, tangga yang sempit,buatkan aku rasa seperti nak terjatuh di dalam laut, nasib baik pemandu bot,membantu aku dan kawan aku untuk masuk ke dalam bot. paling tak suka,aku mengalami mabuk laut, rasa macam nak muntah pun ada masa 2. 

30 minit pun berlalu, tak sedar dah sampai,tertidor pulak dalam bot. hehe.. nie yang aku lemah,nak kena lalu tangga kecik lagi, sekali lagi aku di papar, rasa macam nak tergolek,diaorang yang kat belakang semuanya perhatikan aku,takut2 terjatuh, nak sampai ke kete, jauh lagi.kena lalu jambatan,dah tak larat dah aku nak jalan. aku dah tak larat nak jalan,kakak senior dukung aku sampai separuh jalan,nampak tak aku berat :)) , last2 kawan aku akan aku sampai ke depan . malu semua tengok =_= ngee... 

selepas masuk ke kereta, lecture terus bawa aku ke Hospital,kaki aku dah bekak teramat sangat,tunggu di hospital, lamanya .aku ditempatkan di zon merah. zon kecemasan, Alhmdulilah selepas melakukan x-ray aku tidak mengalami patah tulang,atau pun retakan pada tulang. semua nya sihat.cuma doktor nasihatkan,aku perlukan rehat secukupnya,lakukan senaman pada kaki,dan makan ubat yang di beri. 



sememangnya pulau yang cantik,tapi sayang aku tidak dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi ini
:') 
bye,assalamualaikum...