Large Rainbow Pointer

Wednesday, 19 February 2014

Assalamualaikum ! hye korang. lama dah aku tak update story kat blog aku nie. emm hari nie aku tak tahu kenapa aku bosan tersangggatttt! baring sambil kepala pandang ke atas lihat atap, apa benda seh aku buat, macam tak ada kerja kan,nak keluar.bkn nye ada kereta pun.

andai lah mak aku berubah fikiran bagi bawa kereta kan bagus,boleh aku bawa kereta saga mak aku ,datang trengganu. alangkah indahnye ada kereta. boleh jalan-jalan.tak ada lah bosan mana. tapi apa yang diimpikan tak dapat pulakk... angan-angan ku musnah, #_# 
sekali mak tak kasi lerr,bukan setakat mak tak kasi ayah aku pun tak bagi. emmm sabar je lah.. 

mana tak nye tak bagi,bayangkan aku dengan kakak aku naik kereta dari johor ke trengganu.pulak tu kita orang yang bawa. perempuan pulak tu yang bawa.ishh bahaya bahaya.kadang-kadang ada sebab juga kenapa mak n ayah aku tak kasi,sebab nye tadi tu lah aku aku maksudkan. 

nak bawa motor,tak ada pulak lesen motor, seriesly memang malas gila nak amek lesen motor,sebabnya tahh.. hehehe... malas lah aku nak berdepan dengan JPJ. kang bila berdepan,gigil pulak,silap-silap tak berstrt kang motor yang aku nak bawa. mana tak nya masa aku amek lesen kereta dulu. 2,3 kali aku kena repet. pertama tu sebab aku salah masuk garisan ,aku masuk garisan orang. paling tak boleh lupa lah masa nie,sebabnya baru nak coner kanan,konon-konon tak failed,sekali tak sampai 1 km dari kawasan belajar memandu dah kena pusing balik.sebulum itu aku yang bawa JPJ jalan-jalan,nie JPJ yang bawa aku pusing masuk tempat memandu balik. hampeh masa itu. huh ==" 

aikk?? kenapa tertbe aku nak cerita pasal belajar kereta pulak nie.. hehe tak apa lah aku abeskan cerita,apa orang kata senang kira,selsai satu masalah kan ,betol tak .. hehe :) 
yang kedua pulak ,masa tu aku amek balik lesen kali kedua. alasan nya sebab aku tak tahan nak menunggu orang .masa tu memang ramai gilerrr orang. bayangkan dari pagi sampai petang kot aku tunggu. korang tahu je lah kan,aku nie tak suka tunggu-tunggu. tapi masa itu memang aku give up ,aku tinggalkan je masa tu,aku kol pak cik yang ajar aku memandu. aku kol dy sruh amek. dia tanya nape tak tunggu. aku jawab je lah aku penat nak tunggu and malasss....! mana tak nya,nama aku awal kot masa tu.baru lewat 5 minit nak bising,lastly dapat nbor last. mahu tak anginn! sabar je lah masa tu ,huh ==" 

yang ketiga pulak,aahhh nie paling aku suka sebab nya aku bolehh luluss nie ! :) nasib baik dapat JPJ yang ok,kalau tidak memang failed lagi kot aku masa nie,sebabnya aku masih kaku lagi nak bawa kereta,apa orang kata macam takut-takut . rasa cuak sikit masa tu. tapi ALhamdulilah lah berjaya jugak dapat jugak rasa pegang lesen P .. hehe 

boleh pulak ek ,aku nak kongsi cerita pasal nie kat korang. masalahnya itu je aku fikir kan dari tadi sebabnya aku tak tahu nak update pasal apa.hehe and pasal nie lah aku tak berhenti gelak sorang-sorang dalam bilik .. hehehe 

ahhh,tinggal lagi seminggu lagi aku dah nak final. tak lama lagi dah nak exam. korang doa kan aku ok..

# pengenalan keselamatan dan kesihatan pekerja
#keselamatan industri
#pengajian malaysia
#fiqh ibadat
#Anatomi &fisiologi II
#neuron sains 
#biomekanik 

nie subjet yang aku akan final,kawan-kawan doakan aku eh.. byee Assalamualaikum ;)


Tuesday, 4 February 2014

salam takziah

Assalamualaikum korang, hari nie feeling sad sebab malam tadi dikejutkan dengan kematian kakak sedara aku yang telah kembali meghadap ilahi 12 tgh malam tadi,macam tak percaya semuanya berlaku sekelip mata.

akak sedara aku menghadapi penyakit SLE, apa yang aku tahu daripada budak-budak cos perubatan dan ada sikit dalam pembelajaran aku di sini, penyakit SLE itu disebabkan penyakit keturunan.terjadi kerana antibodi kita serang organ dalaman kita dalam kata lain tak membantu sistem pertahanan badan kita.selagi orang itu makan ubat seperti mana yang telah ditetapkan selagi itu seseorang itu mampu bertahan.penyakit ini susah nak diubati,kalau nak ikutkan keturunan salah satu puncanya.

jadi kakak sedara aku kuat menghadapi dugaan yang berat ini.dia tabah menghapi penyakit ini dari tahun lepas lagi. doktor kata dia kuat semangat,mungkin sebab dia kuat untuk jumpa adik-adik dia yang otw balik ke batu pahat. tapi nak buat macam mana,Allah lebih menyayangi dia. semoga kak long ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga. Amin.. 

salam takziah juga pada cik ta dan cik ali sekelurga di atas pemergiaan anak sulongnya dan kakak mereka.semoga mereka tabah menghapi segala ketentuan Allah. 

mintak maaf sebab tak dapat nak balik kerana banyak benda nak disttlekan di sini, serta final exam yang semakin hampir.andai dapat diundurkan masa nak je balik malam tadi.tapi nak buat macam mana,ajal maut semuanya ketetuan Allah. sesungguhnya mati itu pasti.  

al-fatihah :(