Large Rainbow Pointer

Tuesday 4 February 2014

salam takziah

Assalamualaikum korang, hari nie feeling sad sebab malam tadi dikejutkan dengan kematian kakak sedara aku yang telah kembali meghadap ilahi 12 tgh malam tadi,macam tak percaya semuanya berlaku sekelip mata.

akak sedara aku menghadapi penyakit SLE, apa yang aku tahu daripada budak-budak cos perubatan dan ada sikit dalam pembelajaran aku di sini, penyakit SLE itu disebabkan penyakit keturunan.terjadi kerana antibodi kita serang organ dalaman kita dalam kata lain tak membantu sistem pertahanan badan kita.selagi orang itu makan ubat seperti mana yang telah ditetapkan selagi itu seseorang itu mampu bertahan.penyakit ini susah nak diubati,kalau nak ikutkan keturunan salah satu puncanya.

jadi kakak sedara aku kuat menghadapi dugaan yang berat ini.dia tabah menghapi penyakit ini dari tahun lepas lagi. doktor kata dia kuat semangat,mungkin sebab dia kuat untuk jumpa adik-adik dia yang otw balik ke batu pahat. tapi nak buat macam mana,Allah lebih menyayangi dia. semoga kak long ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga. Amin.. 

salam takziah juga pada cik ta dan cik ali sekelurga di atas pemergiaan anak sulongnya dan kakak mereka.semoga mereka tabah menghapi segala ketentuan Allah. 

mintak maaf sebab tak dapat nak balik kerana banyak benda nak disttlekan di sini, serta final exam yang semakin hampir.andai dapat diundurkan masa nak je balik malam tadi.tapi nak buat macam mana,ajal maut semuanya ketetuan Allah. sesungguhnya mati itu pasti.  

al-fatihah :(