Selamat hari lahir to my mother yang ke ?? haha biarlah rahsia. aku tahu dah cukup :))
terima kasih menjadi ibu yang sentiasa sabar dengan karenah suami serta anak-anak yang cerewet :').terima kasih jugak sebab dah menjadi ibu yang baik serta menjaga makan minum suami serta anak-anak. sampai semuanya jadi gemuk2,hehe bukan gemuk tapi sihat ,alhamdulilah :)
terima kasih kerana membesarkan kami dengan mendidik dengan ajaran yang betul, terima kasih memberi layanan sepenuhnya kepada keluarga, semoga syurga menanti disana. terima kasih kerana mendoakan kehidupan serta masa depan anak-anak , last dari adik untuk mak tercinta! dengar lah sebuah lagu yang menyentuh perasaan adik sendiri. :')
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
cinta hati saya di dunia dan diakhirat :')