Large Rainbow Pointer

Saturday 23 February 2013

kumbang ! :D

Hye ,new update .. nampak tak sekarang nie aku selalu update story kat blog kesayangan aku,tengok,betapa rajin nya aku bila masa menaip ! :D (RAJIN LAH SANGATKAN) haha
okk,kita tengok topic kat atas 2,korang pernah tengok kumbang tak? :)
pernah pegang kumbang tak? pernah dia jatuh atas kepala korang tak? pernah tak semua 2? mesti ada yang pernah,dan tak pernah.. aku bukan lah nak berlagak ke apa,aku tak berani sebenarnya dengan bintang nie,sebabnya korang tahu tak,dia punya kuku dia itu bila dah mencengkam baju ke,tudung ke dan segala apa apanya lah tersangat kuat dan susah pulak itu nak tanggalkan 
Hanya orang yang berani je lah,orang yang tak berani memang cnfirm dan semestinya akan mengalirkan air mata ,tapi aku tak ada lah sampai nak mengalirkan air mata,masa aku ambil kemahiran di GM BATU PAHAT,dekat situ banyak betul bintang yang pelik pelik,pulak itu,dia akan keluar pada waktu subuh,dan masa nak buat kawat untuk pembarisan,tersangat banyak kumbang,sampaikan masuk dalam bengkel kitaorang tau

pulak itu ,masa 2,nak buat aktiviti pembersihan ,ada yang bhgian pejabat,kelas,bengkel,kawasan luar dan akhir sekali di kawasan tandas. siapa yang dapat bahgian tandas memang tidak dinafikan lah,pasti akan nampak kumbang bergerak-gerak kat situ,pulak itu,kawan aku nie memang takut gila dengan kumbang nie,sampai menangis pun ada! :D Kesian kan.
suatu hari itu,cikgu kos aku,dia nie memang sporting abis lah kan,dia punya jahat kutip kumbang2  bawa masuk kelas,yang jahat itu,dia pergi kat meja aku dan kawan aku nie. mula2 itu dia  kenakan budak2 lain,tapi diaorang tak takut langsung,tiba je kat meja kitaorang,muka dah merah padam je masing2,pura2 bzkan diri ,kononnya bz..
korang tahu tak cikgu aku nie punya selamber letak kumbang itu atas meja lepas itu jentik dekat kawan aku nie,dia punya menjerit dengar sampai pejabat. aku dalam hati gelakan kan dia je lah :D lepas itu cikgu 2 duduk sebelah aku ,dalam hati aku berkata (apasal lah cikgu nie duduk sebelah aku nie = =" dah berpeluk  dahi nie , dia ajak berbual
kononya nak hyal kan aku dengan perbualan dia itu huh!tersangat geram lah kan! then dia letak atas kepala aku.
aku tak ada lah jerit.aku cakap baik2 dengan cikgu aku.. cikgu kan kena lah hormatkan.korang tahu tak aku cakap apa? :)
aku cakap macam nie "cikgu,hehe baik cikgu turunkan kumbang nie.sakit cikgu kepala saya"
cikgu aku pulak kata  "kumbang?mana ada kumbang.sambil ketawa pulak itu dia cakap.
aku cakap lagi dengan dia "cikgu jangan main main,saya tak kacau cikgu ,cikgu jangan lah kacau saya. secara tak sengaja,aku menjerit " ouchhh! cikgu sakitt kepala saya cikgu,dia cengkam sakit cikguuuuuuu! turnkan dia cikgu..(rasa macam nak mengis masa itu) :') 
korang tahu tak dia gelak kan aku macam apa "ohhh takut rupanya awak nie,yesss! ada dua orang takut kumbang nie,boleh jadi bahan nie..:DD
AKU dalam hati berkata "sabar je lah aku dengan cikgu nie ,< 
last2 dia cakap kat aku dan kawan aku nie "dah lah aku nak kacau orang lain pulak HAHAHA( ktwa jahat dia dah keluar)
sambil dia jalan itu,aku cakap kat dia "memang tak ada kerja lah 2 kan nak sakat orang
dia boleh cakap apa korang tahu tak?dia cakap macam nie "HAHAHA bising ar kau,bagi kumbang nie kat kau baru tahu..
aku dari jauh,hanya mampu tersenyum.tak mampu nak lawan dia..  = =" sabar jelah aku dengan cikgu nie ....  

okkk lah ,korang nak tengok tak kumbang nie macam mana.? 
nie lah kumbangnya..hitammmnyaa = ="
secara kesimpulan nya,kumbang sejenis bintang yang paling aku takut :)
byeee