Large Rainbow Pointer

Sunday 24 February 2013

memories



Hye.. new update untuk hari nie. jum tengok topic aku yang kat atas 2. memories aku dengan siapa ek? semestinya lah bersama keluarga blah ayah. rindu dengan berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara bersama. tah kenapa bila sebut keluarga blah ayah.aku tak bebarapa berminat untuk mendengar cerita pasal kehidupan diaorang.sebab apa korang tahu.sebab kami dipisahkan hubungan sewaktu kami kecik.sewaktu kecik kitaorang memang rapat dengan keluarga blah ayah.mahupun di pahang,johor ataupun singapura.dulu waktu atuk dan nenek ada.kampung halaman yang dijadikan seseuatu tempat untuk berkumpul dan beraya bersama keluarga. meriah sangat masa itu. rumah nenek dan atuk dipenuhi dengan sanak saudara .tidak cukup dari itu.jiran jiran dan kawan-kawan atuk dan nenek sentiasa menemuhi ruang halaman rumah nenek dan atuk. suatu hari itu,berita pasal kematian atuk aku ,rumah sekali lagi dipenuhi oleh mereka yang mengenali arwah atuk. atuk seorang polis dan seorang business yang popular sekitar tahun bape aku tak ingat.hehe..yang pasti dulu dia cukup terkenal di singapura. asal keturunan aku berasal dari singapura. family semuanya berada disingapura. tetapi bila mak aku dapat kerja di malaysia iaitu di JOHOR BAHRU ,kami terpaksa pindah di JB ,waktu itu aku masih di perut mak aku.hehe .sekali lagi mak dapat berkerja di BATU PAHAT until now.cukup 9 bulan aku dilahirkan di daerah BATU PAHAT. masa aku umur 7 tahun,tak silap aku. kiteorang selalu bermain bersama dengan sedara sedara aku. tetapi kami dipsahkan sesuatu kecik. mereka menangis kiteorang pun menangis. sebab dipisahkan itu ada rahsia. bila kami jarang berjumpa hampir 19 tahun.pak cik aku membawa mereka bertemu kembali bersama keluarga kami.tetapi sayangnya rapat yang dulunya sangat akrab ,tidak lagi rapat seperti dulu.masing masing tidak mengenali.
bila ayah dan emak aku memberitahu aku dan kakak aku.baru aku kenal siapa mereka sebenarnya. tetapi tak ada lah happy mana. biasa2 saja. dah lama tak jumpa ,jadi kaku sikit.
sekali lagi berita kematian nenek aku pulak ,waktu itu aku berumur 11 tahun. nenek meniggal di selangor. tetapi sanak saudara yang datang menziarahi tidak begitu ramai ,berbanding dengan atuk. maklum lah meninggal di tempat orang,bukan di daerah sendiri.
sedih sangat masa itu.bila tengok kawan kawan ada nenek dan atuk,bila mereka cerita pasal atuk dan nenek pada aku. aku rasa sikit terkilan kerana ajal atuk dan nenek aku begitu cepat sampai waktu aku masih ingin bermanja manja dengan atuk dan nenek. 
rindu nak ajak main mercun ,bunga api sama sama. :') kalau korang nak tahu,aku dulu seorang budak perempuan yang sangat nakal,dulu aku mana ada kawan perempuan,aku ramai kawan lelaki.jiran rumah aku kebanyakkan lelaki. nanti setiap petang aku pergi bermain bersama sama mereka.dulu aku seorang yang kasar ,tapi sekarang korang jangan risau,100% aku dah jadi wanita yang asli.ciri ciri wanita ada pada diri aku.tak payah risau. :) hehe
  alangkah indahnya bila nenek dan atuk ada lagi buat masa sekarang,dapat lihat cucu cucu nya berjaya dan dapat berkumpul lagi di kampung halaman rumah atuk dan nenek.banyak kete keluar masuk rumah nenek dan atuk.dapat lihat angsa angsa yang dipelihara oleh nenek dan atuk,dapat makan durian ,rambutan bersama.dapat pergi dusun buah durian bersama,kutip buah durian bersama. dapat tengok ayam hari hari didepan kampung ,lembu kambing semuanya lahhhh! ADIKKK rinddduuu atukkkk dan nenekkk! rindu sangattt... :'(  
semoga roh atuk dan nenek ditempat di golongan orang orang yang beriman 
AMIN :')