Large Rainbow Pointer

Sunday 5 May 2013

orntasi yang paling best! :)

Hye korang,sekian lamanya aku tak update story dalam blog kesayangannya aku nie .rindu nie rindu .. hehe :)) ok jum tengok topic kat atas 2,aku join orntasi untuk cos aku .kitaorang pergi orntasi dekat bachok kelantan,kelantan wey.. bila diaorang cakap orntasi kita kat kelantan,aku dah tak tentu arah dah,iyelah mana tak nya,dengar citer orang kata air kat kelantan kotor, tapi aku dalam hati mengatakan tak kot.mungkin dekat setengah setengah tempat,harap bachok airnya tak kotor lah. (mengharap dalam hati nie ==") kitaorang gerak dari terengganu 3 jam jugak nak ke kelantan,kampus aku kat terengganu.jadi makan masa jugak lah nak sampai ke sana. sampai je sana ,kitaorang diberi makanan untuk santapan malam sebelum tidur.dan paling tak best 2,diaorang bagi 1 piring dan 1 cawan. kirenya itu barang amanah yang patut kitaorang pegang,kalau HILANG kitaorang kena denda.kitaorang kena pegang tiga barang AMANAH,katanya pasiff BARANG AMANAH! korang tahu apa,pertama piring dan cawan kedua fail kertas dan ketiga paling tak boleh blah BISKUT ??? ,< biskut 2 kecik je tau.bentuk 4 segi 2,kitaorang kena jaga betul2 ,tak boleh pecah sedikit pun.ya ALLAH masa 2 aku rasa macam jaga nyawa orang dah. ialahlah kalau pecah biskut 2,tak masal kena denda. biskut 2 pulak tak boleh tinggal kat khemah mahupun dalam beg. kena bawa sentiasa. aku tahu kenapa diaornag suruh pegang ketiga-tiga barang 2,sebabnya pasif nak tengok kita nie amanah tak dalam menjalankan tangungjawab yang diberikan. orang yang memberikan kita amanah, pandai tak kita jaga dengan sebaik baiknya.jadinya aku menjaga ketiga tiga barang tersebut dengan sebaik baik mungkin. siap balut dengan tisu tau.tengok bertapa aku menghargai amanah yang diberikan..hehehe :)) lepas dah berikan barang amanah yang wajib simpan,kitoarang diberikan group mengikut negeri. aku pun buatlah negeri dengan budak negeri sama aku ,JOHOR lah kan,tanya tanya siapa nama diaorang ,tinggal mana dan sebagainya. bila dah selesai,diberikan lagi group sekali lagi dengan fail kertas tersebut,fail 2 ada nobor,aku dapat nbor 8 .group aku banyak budak kelantan. nasib ada budak kampus sama dengan aku. tak ada rasa termenung sangat,hehe dengan 3 hari 2 malam,kitaorang diberi tugas,banyak aktiviti yang dilakukan.sampai tak cukup tidur. biasa lah 2 kan kata minggu orntasi mestilah istilah PENAT 2 ada kan. hari pertama just kenalkan diri pada group masing2,hari kedua pulak kitaorang kena main futsal dan malam kebudayaan.masa malam kebudayaan 2,semua kerna terlibat. jadi tak ada siapa yang boleh elak dari malam kebudayaan itu. nak tak nak kerna join jugak,kalau tak join markah kena tolak . hari ketiga pulak hari paling malang bagi aku.sebabnya aku kena cucuk jarum dengan doktor dekat campus bachok. kitaorang kena ambil darah. bila giliran aku je, darah tak ada. hehe mana taknya aku takut jarum weyy! jarum 2 dah lah tajam ,pas2 kena ambil darah yang banyak untuk buat uji kaji . tak silap aku ,aku kena 3 kali. sekali pada tangan kanan,2 kali di tangan kiri. ya Allah masa 2,aku rasa macam nak pitam dah,rasa lemah gila masa 2,mana tak nya,sekali cucuk tak jalan,sekali lagi cucuk pun tak jalan jugak,lastly baru boleh. jalan pun dah tak betul .. :3 tapi series aku fobia dengan jarum suntikan. bila dah selesai buat medical ,masuk dewan balik dan jalankan aktiviti explore,kak ayu sebagai pengarah orntasi tanya pada aku "ok tak awak nie" kak ayu orang johor,jadi agak rapat sikit lah dengan kak ayu ;) tak kan aku nak jawab tak ok pulak,lepas nie dah lah permainan yang paling best,rugi 2 kalau tak join. jadi aku tipu lah kak ayu.aku cakap lah aku ok je. hehehe .. padahal dah lemah gila masa 2,, hehe :)) bayangkan korang tahu tak,3 hari kat sana aku tak mandi, apa yang diharapkan rupanya tak menjadi kenyataan,air yang kotor .buat aku tak nak mandi dah rasa nak balik je masa 2. kampus dah ok,tapi air je kotor. boleh orang kelantan nie duduk dengan air yang kotor. bila air dah kotor,aku nie pulak ada allergic. biasa aku tak boleh makan seafood dan kena dengan air kotor,serta air pantai.jadi bila aku nak basuh muka.nak tak nak terpaksa lah guna air kotor , bila dah kena kulit.timbul kesakitan dimuka. ubat pulak tak bawa, nasib kak ayu ada minyak cap kapak, sapu jelah kat tempat yang timbul allergic.bila disapu ALHAMDULILAH hilang jugak.tapi series memang best gila,dapat abang dan kak pasif yang sporting, semuanya terbaikk! ok itu saje citer yang dapat aku kongsikan .. sori lah iye,gambar tak ada,masa nie fon aku tak bawa,then kalau bawa pun tetap kena rampas,sebabnya mAsa orntasi tak boleh bawa barang berharga. nak tak nak kena pass kat abang2 or akak2 pasif . k lah bye,assallamulaikum.. ;)