Large Rainbow Pointer

Wednesday 16 January 2013

Perbezaan Antara Adaptif Dan Hipokrit

ASSALAMUALAIKUM


Hai,untuk kali nie aku ingin berkongsi sikit tentang perbezaan antara dua perkataan yang sering dikaitkan pada seseorang tanpa memikirkan perbezaan maksud tersebut.Memang pedas apabila ungkapan itu ditunjukkan ke batang hidung kita walaupun realitinya tidak begitu seperti mana mereka memikirkannya.Mungkin ada sesetengah orang tidak tahu maksud Adaptif.
disini aku ingin terangkan maksud adaptif.aku nie tidak lah pandai mana.tapi kalau sesuatu perkara yang aku ingin tahu pasti akan aku cari sampai aku dapat.sebab perkara yang kita tidak tahu maksudnya selalunya akan bermain di fikiran kita sehingga kita dapat tahu maksud yang tersirat sebenarnya.
ADAPTIF bermaksud kita menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat.mungkin bagi sesetengah orang mengatakan kita hipokrit alasannya kerana tak reti menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat.kononnya mereka lah yang paling bagus dan hebat yang dapat menyesuaikan diri pada sesuatu keadaan. sebenarnya secara realitinya memang kitA tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat dan ianya memerlukan beberapa masa untuk menyesuaikan diri. setiap orang mempunyai sikap dan sifat yang berbeza bak kata pepatah "lain padang lain belalang,lain tempat lain orangnya,banyak orang banyak ragamnya" dalam maksud lain juga ia adalah satu kemahiran dakwah ataupun petandA kemesraan dan kasih sayang.Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata "kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu"
ini bermakna,gaya berbual dan berinteraksi dengan orang yang rendah mentaliti,sudah pasti berbeza dengan orang yang tinggi mentalitinya.Keterampilan dan susuk tubuh pun perlu mengikut gaya berfikir orang yang berinteraksi dengan kita
manakala berbeza pula dengan perkataan hipokrit yang selalu dikaitkan dalam perkataan adaptif.Hipokrit ialah kita berpura-pura dihadapan orang lain,tetapi hakikatnya di dalam hati berhasrat lain.Hipokrit juga penuh dengan kejahatan dan niat buruk antara seseorang.Hipokrit jugak boleh dikirakan sebangai MUNAFIK.
Bahkan hukum fikah islam juga berubah mengikut tempat dan masa.Adakah kita juga hendak mengatakan hukum fikah islam adalah hipokrit?sudah tentu tiada siapa pun yang berani mengungkapnya.Kerana hukum islam adalah hukum yang sempurna yang datang dari Tuhan yang Maha Sempurna.oleh itu,usahlah kita ragu-ragu dengan penyindiran dan cakap kosong daripada orang yang tidak tahu maksud sebenarnya.kita tidak perlu bimbang.Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata Adaptif itu Hipokrit.Tidak perlulah kita menghiraukan mereka.meresaplah seperti asap dan mengalirlah seperti air.
jadi sekarang nie korang faham tak apa yang aku sampaikan nie ? harap korang faham lah ye,maaf kalau ada kesilapan dan apa yang dikatakan.hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan kepada mereka yang tidak pernah tahu maksud kedua2 perkataan ini.akhir dari kata aku.assalamualaikum. byee.. jumpa lagi pada topic seterusnya :)